Program Santai Seni 2014 yang telah diadakan pada 10-11 Mac 2014 baru-baru ini adalah merupakan satu langkah proaktif Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur dalam berkongsi kepakaran para pensyarahnya dengan pihak luar khususnya dalam menjayakan Program
Service & Engagement bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan untuk menzahirkan suatu pengalaman estetik sebagai satu kaedah
terapi seni kepada pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ini melalui aktiviti pendidikan seni yang dijalankan secara santai dan menyeronokkan.
Beberapa aktiviti dijalankan seperti Jom Buat Batik, Spray terbaik, T Shirt Awesome, Main-main Plaster serta Slot Karya Agungku yang menggalakkkan pelajar membuat sesi apresiasi tentang karya yang telah mereka hasilkan.
|
Aktiviti 1: Ice-Breaking Bersama Abang Epol |
|
Aktiviti 2- Sebahagian pemenang Ice Breaking |
|
Aktiviti 3: Ikat dan Celup -Jom Buat Batik |
|
Menyiapkan karya masing-masing |
|
Aktiviti 4: T Shirt- Awesome |
|
Aktiviti 5: Spray...Terbaek
|
|
Bergambar bersama pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih |
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan kasih berkarya serta meluahkan perasaan melalui aktiviti seni. Sebahagian besar pelajar ini mempunyai bakat kreatif yang mereka sendiri tidak menyedarinya. Jika mereka ini diberi peluang dan ruang mengembangkan bakat seni, pasti pelajar ini dapat menyumbangkan sesuatu dalam masyarakat dan dapat mendidik masyarakat menghargai bidang seni ini. Tahniah buat adik-adik.
No comments:
Post a Comment