Thursday, June 12, 2014

Konvokesyen PISMP Institut Pendidikan Guru (IPG) 2014

Jabatan Pendidikan Seni Visual (JPSV), IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur , mengucapkan sekalung tahniah buat bekas pelajar G8.8 (PISMP Ambilan 2010) yang telah bergelar graduan PISMP pada 12 Jun 2014. Tarikh keramat ini telah menjadi saksi  kejayaan kepada kumpulan yang terdiri dari 23 orang pelajar iaitu 10 lelaki dan 13 perempuan.

Mereka memasuki IPG Kampus Ilmu Khas pada Julai 2008 dalam program PPISMP selama 11/2 tahun dan PISMP pada tahun 2010. Mereka ini telah ditempatkan di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak pada awal tahun 2014.


Dari kiri: Hani, Fadlan dan Yasmin

Pensyarahnya juga turut teruja meraikan kejayaan pelajar

Jude dan makciknya

Cik Zaharah teruja telah bergelar OPAH...

Ibu dan anak ditujukan untuk Aisyah, Zieha bila lagi?

Bergambar beramai-ramai bersama keluarga masing-masing

Sebahagian graduan PSV Ambilan 2010


Kami para pensyarah di JPSV sangat berbangga dengan kejayaan anda. Selami kata-kata hikmah ini : 

Seorang guru adalah seorang seniman. Anda adalah karya kreatifnya yang penuh misteri dan penuh makna. Untuk menjadi karya kreatif yang hebat datangnya dari seorang seniman yang hebat . Kejayaan anda membuatkan guru seninya teruja dan tersenyum bangga. 

Saturday, May 10, 2014

Karnival Inovasi Pendidikan 2014


Karnival Inovasi Pendidikan 2014 telah diadakan pada 30 April 2014 yang lalu. Masih belum terlambat untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada para pemenang inovasi terutamanya pada semua pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual (JPSV) yang telah membolot tiga kategori emas bagi Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran. Tiga kumpulan inovasi ini yang bertajuk Grid Made Easy, Waco Pen dan Portable Cleaner. 

Bagi kategori pelajar pula, pelajar JPSV  telah memenangi tiga pingat perak iaitu kumpulan Magic Shape, Wipe Out dan Finger Book Folder.


Kumpulan Inovasi : Magic Shape

Sebahagian pensyarah JPSV yang bertanding
Gambar beramai-ramai bersama para pemenang dari JPSV

Sebahagian bahan inovasi yang dipertandingkan

Tahniah buat semua pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual yang telah bertungkus lumus menghasilkan bahan inovasi serta membimbing pelajar JPSV menghasilkan inovasi Pengajaran dan Pembelajaran yang hebat. Semoga Karnival Inovasi Pendidikan 2014 memberi titik permulaan bagi para pelajar JPSV menghasilkan inovasi yang akan memberi banyak manfaat dan memudahkan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.

Friday, March 21, 2014

Program Santai Seni 2014

Program Santai Seni 2014 yang telah diadakan pada 10-11 Mac 2014 baru-baru ini adalah merupakan satu langkah proaktif Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur dalam berkongsi kepakaran para pensyarahnya dengan pihak luar khususnya dalam menjayakan Program Service & Engagement bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk menzahirkan suatu pengalaman estetik sebagai satu kaedah terapi seni kepada pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ini melalui aktiviti pendidikan seni yang dijalankan secara santai dan menyeronokkan.

Beberapa aktiviti dijalankan seperti Jom Buat Batik, Spray terbaik, T Shirt Awesome, Main-main Plaster serta Slot Karya Agungku yang menggalakkkan pelajar membuat sesi apresiasi tentang karya yang telah mereka hasilkan.

Aktiviti  1: Ice-Breaking Bersama Abang Epol


Aktiviti 2- Sebahagian pemenang Ice Breaking 


Aktiviti 3:  Ikat dan Celup -Jom Buat Batik


Menyiapkan karya masing-masing


Aktiviti  4: T Shirt- Awesome

Aktiviti 5: Spray...Terbaek


Bergambar bersama pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan kasih berkarya serta meluahkan perasaan melalui aktiviti seni. Sebahagian besar pelajar ini mempunyai bakat kreatif yang mereka sendiri tidak menyedarinya. Jika mereka ini diberi peluang dan ruang mengembangkan bakat seni, pasti pelajar ini dapat menyumbangkan sesuatu dalam masyarakat dan dapat mendidik masyarakat menghargai bidang seni ini. Tahniah buat adik-adik.



Lawatan Penanda Aras ke Institut Seni Indonesia, Yogyakarta, Indonesia

Pada 27 November 2013, Jabatan Pendidikan Seni Visual yang diwaklili oleh Pn. Zainun Abu Bakar, Pn. Nor Azizah Atan serta Cik Zaharah telah melawat Fakultas Seni Rupa, Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta, Indonesia.

Kami telah disambut dengan ramah sekali oleh Dekan Fakultas Seni Rupa, Drs. Umar Hadi, Pak Jaka, Sudarna dan para Dosen (pensyarah) ISI.
Bergambar sebagai tanda kenangan

Bertukar-tukar cenderahati
Banyak perkara yang kami bincangkan terutamanya untuk membuat satu MoU bersama ISI dalam satu Pameran Seni bersama-sama pelajar Jabatan Pendidikan Seni Visual , IPG Kampus Ilmu Khas dan pelajar Fakultas Seni Rupa, ISI. Yogyakarta, Indonesia. Drs M. Umar Hadi, selaku Dekan Fakultas Seni Rupa menyambut baik cadangan kami dan bersedia bekerjasama dengan IPG Kampus Ilmu Khas , Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penulis bergambar di hadapan Mercu Tanda Institut Seni Indonesia (ISI)

Sebahagian karya yang dipamerkan di ISI

Cik Zaharah Mohamad berbincang bersama Dosen ISI

Berbincang bersama Dosen (pensyarah) ISI
Selepas perjumpaan pertama ini, kami akan melakar sejarah Jabatan Pendidikan Seni Visual dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil mata pelajaran PSV 3114 Seni Dan Pengurusan untuk merealisasikan impian mereka untuk membuat satu Pameran Seni di Peringkat Antarabangsa.
Semoga impian menjadi kenyataan.