Saturday, August 22, 2020

Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020)

 Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020) telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 yang lalu di Dewan Dato' Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, dalam majlis tersebut, Salah satu kumpulan inovasi kategori pensyarah iaitu Kumpulan Modul Celik Kraf (MCK) JPSV telah mendapat Naib Johan Kategori Pensyarah. Tahniah kepada semua ahli kumpulan yang terdiri daripada Ketua Kumpulan Pn. Azlina, Dr Azizah, Cik Zaharah, Pn. Nor Azizah dan Dr Hairul Faiezi.


Piala Kemenangan Kumpulan MCK JPSV




Gambar ahli kumpulan MCK JPSV


 

Gambar beramai-beramai bersama semua peserta



Muka depan Modul Celik Kraf

Semoga dengan kejayaan ini, akan meningkatkan lagi semangat semua pensyarah dan siswa guru di Jabatan Pendidikan Seni Visual untuk terus menghasilkan inovasi-inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang terbaik di masa-masa akan datang. 

Sunday, August 18, 2019

Pameran Alam & Guru 2019

Setiap dua tahun sekali, pihak penganjur iaitu Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur akan menganjurkan Pameran Alam & Guru. Pameran ini akan dilaksanakan secara berkolaboratif dengan ASWARA dan masih mengekalkan tema Alam bagi memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan tentang alam dalam konteks seni visual kepada pengunjung dan masyarakat. 


Pameran Alam & Guru 2019 adalah rentetan dari kejayaan Pameran Alam & Guru  yang diadakan pada Oktober 2017 yang lalu di Balai Seni Negara. Kuala Lumpur. Majlis Perasmian telah  berlangsung dengan meriahnya pada 2 November 2017 (Khamis) oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abd Ghafar bin Mahmud, Pengerusi Yayasan Sarana Pendidikan Malaysia telah sudi merasmikan pameran tersebut.

Sebahagian peserta pameran Alam & Guru 2017 bergambar bersama VVIP

Dr Azizah Suleiman, Ketua Jabatan PSV  di wawancara oleh pihak RTM

Bersama sebahagian peserta Pameran Alam & Guru 2017


Manakala untuk tahun ini, Pameran Alam & Guru 2019 juga akan melibatkan penyertaan daripada warga pendidik seni visual di bawah KPM, MRSM dan warga ASWARA serta pensyarah Universitas Pendidikan Indonesia (UPI). 

Pameran kali ini akan diadakan pada 24 Oktober hingga 24 November 2019 di Galeri ASWARA, Kuala Lumpur. Majlis Perasmian pameran dijangka pada hari pertama pameran iaitu 24 Oktober 2019 (Khamis) nanti.

Selain itu, Pameran Alam & Guru 2019 adalah sebagai salah satu aktiviti bagi merayakan Sambutan 60 Tahun IPGKIK (1959 – 2019) pada tahun ini.

Dr Syamrul Nizam, pensyarah dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Karya cikgu Mohd Jamil Mat Isa bertajuk ` Menanti Gawai ' dari SMK Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang

Sebahagian karya peserta yang akan dipamerkan nanti

Sebahagian karya peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak

Sebahagian karya peserta Pameran Alam & Guru 2019

Karya-karya peserta pameran boleh dilihat melalui laman IG:  Instagram pameran_alamdanguru








Thursday, November 9, 2017

Pameran Alam & Guru




Pameran Alam & Guru Anjuran Bersama Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu Khas dan Balai Seni Visual Negara diadakan pada 21 Oktober 2017 hingga 12 November 2017. Manakala Majlis Perasmian pameran telah diadakan pada 2 November 2017 (Khamis) yang lalu. YBhg. Tan Sri Dato' Seri Abd Ghafar bin Mahmud, Pengerusi Yayasan Sarana Pendidikan Malaysia telah sudi merasmikan pameran tersebut.

75 karya peserta yang terdiri daripada pendidik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sekolah rendah, menengah, pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) serta nazir sekolah. Pameran yang bertemakan `Alam & Guru' ini mendapat sambutan hangat kerana julung  kalinya diadakan di Balai Seni Negara.


Pendaftaran peserta pameran

Bacaan doa sebelum majlis perasmian

Ucapan Perasmian YBhg Tan Sri Dato' Seri Abd Ghafar bin Mahmud 

Menandatangan plug perasmian pameran

Urusetia pameran bergambar bersama-sama VVIP

En. Norkasani menerangkan karya beliau kepada VVIP

Cikgu Abdul Rahman (Boga) menerangkan karya beliau kepada VVIP

JK Pendaftaran

Bersama pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

Peserta pameran

JK Sijil

Bergambar beramai-ramai 

Urusetia bergambar dengan JK Pelajar G3.8 Major PSV

Tahniah buat urusetia yang telah berjaya merealisasikan pameran ini.

Saturday, October 8, 2016

Pameran BUDI 2016 akhirnya menjadi kenyataan

Berakhirnya Pameran BUDI 2016 pada 15 dan 16 September 2016 di Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta telah memberi pengalaman dan kenangan yang manis  buat 30 siswa pendidik G8.7 Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Tahniah kerana anda berjaya menguruskan sebuah pameran seni di peringkat Antarabangsa yang melibatkan dua institut di Malaysia dan Indonesia. Hari pertama kami disambut baik oleh Timbalan Dekan Fakultas Seni Rupa (FSR), Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta iaitu Drs M. Umar Hadi dan Penyelaras Pameran, Pak Indra Gunawan yang menunggu kami di airport Adisutjipto, Yogyakarta. Sepanjang 5 hari kami di Yogyakarta, kami telah menginap di Edu Hostel, Yogyakarta.



Airport Adisutjipto, Yogyakarta
Bergerak menaiki bas ISI

Pameran yang dikendalikan sepenuhnya oleh 30 orang pelajar Semester 8 (G8.7) Jabatan Pendidikan Seni Visual bagi memenuhi sebahagian Tugasan Amali dalam mata pelajaran PSV3143 Seni dan Pengurusan. Pameran ini turut melibatkan 13 mahasiswa Fakultas Seni Rupa, ISI, 8 orang pensyarah JPSV dan karya Mantan Pengarah, Dr Roziah binti Abdullah.

Pada hari pertama, 15 September 2016 (Khamis), kami menyiapkan set up pameran dan juga reheasal terutamanya untuk upacara Perasmian Pameran. Setelah selesai, tepat pada pukul 2.30 petang, Majlis Perasmian Pameran BUDI dijalankan di depan Gedung Sasana Ajiyasa.




Set Up karya Pameran
Perasmian Pameran oleh Dr Suastiwi. Dekan FSR ISI

Cenderhati dari FSR ISI
Sijil Penyertaan dan Penghargaan















Bergambar bersama Dosen FSR ISI
Gambar beramai-ramai sebagai kenangan

Pada hari kedua pula semua pelajar JPSV dan mahasiswa FSR telah mengadakan forum seni yang bertajuk " Imej Warisan Seni Budaya Dalam Seni Rupa" iaitu pada 16 September 2016 (Jumaat). Forum ini juga telah mendapat sambutan hangat yang dihadiri hampir 50 orang mahasiswa ISI.



Dalila, panel dari IPG KIK
Firman Setiawan, panel dari  FSR ISI
Bersemangat nampaknya moderator ni..
Nesar Ahmad, mahasiswa ISI melakukan sketches spontan

Penyampaian cenderhati kepada Pak M.Sholahuddin



Selain pameran dan forum seni, pada 17 September 2016 (Sabtu) kami mengadakan lawatan di Istana Kraton, Galeri H.Widayat, Candi Borobudur, perkampungan kulit Nanding,  dan akhir sekali ke Jalan Malioboro yang merupakan syurga membeli belah di Kota Yogyakarta.

Istana Kraton
Bergambar dengan Pengawal Istana Kraton
Candi Borobudur
Muzium H. Widayat\

Kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur pada 18 September 2016 (Ahad) dengan pengalaman dan kenangan manis buat 30 siswa pendidik JPSV yang tidak ternilai harganya. Mereka ini telah berjaya mengharumkan nama IPG KIK khasnya dan Institut Pendidikan Guru serta Kementerian Pendidikan Malaysia amnya. Perbincangan dan usaha sama antara IPGKIK dan ISI akhirnya menjadi kenyataan selepas 2 tahun.

Tahniah sekali lagi buat siswa pendidik G8.7.

Kami lampirkan laman web Fakultas Seni Rupa ISI:
http://fsr.isi.ac.id/pengumuman/pameran-budaya-dan-inspirai-budi-2016/





Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020)

 Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020) telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 yang lalu di Dewan Dato' Razali Ism...