Berakhirnya Pameran BUDI 2016 pada 15
dan 16 September 2016 di Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta telah
memberi pengalaman dan kenangan yang manis buat 30 siswa
pendidik G8.7 Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala
Lumpur. Tahniah kerana anda berjaya menguruskan sebuah pameran seni di peringkat
Antarabangsa yang melibatkan dua institut di Malaysia dan Indonesia. Hari
pertama kami disambut baik oleh Timbalan Dekan Fakultas Seni Rupa (FSR), Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta iaitu Drs M. Umar Hadi dan Penyelaras Pameran, Pak Indra Gunawan yang
menunggu kami di airport Adisutjipto, Yogyakarta. Sepanjang 5 hari kami di Yogyakarta, kami telah menginap di Edu Hostel, Yogyakarta.
|
Airport Adisutjipto, Yogyakarta |
|
Bergerak menaiki bas ISI |
Pameran yang
dikendalikan sepenuhnya oleh 30 orang pelajar Semester 8 (G8.7) Jabatan
Pendidikan Seni Visual bagi memenuhi sebahagian Tugasan Amali dalam mata
pelajaran PSV3143 Seni dan Pengurusan. Pameran ini turut
melibatkan 13 mahasiswa Fakultas Seni Rupa, ISI, 8 orang pensyarah JPSV dan karya
Mantan Pengarah, Dr Roziah binti Abdullah.
Selain
pameran dan forum seni, pada 17 September
2016 (Sabtu) kami mengadakan lawatan di Istana Kraton, Galeri H.Widayat, Candi
Borobudur, perkampungan kulit Nanding, dan akhir sekali ke Jalan Malioboro yang merupakan syurga membeli belah di Kota Yogyakarta.
|
Istana Kraton |
|
Bergambar dengan Pengawal Istana Kraton |
|
Candi Borobudur |
|
Muzium H. Widayat\
Kami bergerak
pulang ke Kuala Lumpur pada 18 September 2016 (Ahad) dengan pengalaman dan kenangan
manis buat 30 siswa pendidik JPSV yang tidak ternilai harganya. Mereka ini
telah berjaya mengharumkan nama IPG KIK khasnya dan Institut Pendidikan Guru serta Kementerian Pendidikan Malaysia amnya. Perbincangan dan usaha sama antara IPGKIK dan ISI akhirnya menjadi kenyataan selepas 2 tahun.
|
No comments:
Post a Comment