Sunday, April 10, 2016

Lawatan dan Ujian Rintis Pelaksanaan Modul Pedagogi Inklusif di SBJK


Lawatan dan pelaksanaan ujian rintis Modul Pendidikan Seni Kreatif dan Pedagogi Inklusif telah dijalankan pada 21 Januari 2016 di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur.Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi maklumat serta pengalaman oleh pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual (JPSV) bersama guru-guru SBJK dalam pembinaan Modul Pedagogi Inklusif (PI). Lawatan ini memberi peluang dan ruang untuk kami melaksanakan ujian rintis terhadap modul PI yang telah dibina dan melihat hasil PdP dan maklum balas pelaksanaan modul tersebut dalam kalangan pelajar SBJK. Pelaksanaan Pedagogi Inklusif ini juga membentuk hubungan serta kerjasama antara pensyarah JPSV, IPG KIK dan guru-guru SBJK dalam meningkatkan pembentukan peribadi dan pencapaian akademik pelajar SBJK.


Pensyarah dan pelajar JPSV G7.7  yang membuat lawatan dan ujian rintis Pedagogi Inklusif (PI)

Tekun menghasilkan karya

Seronoknya..
Karya Robot

Bangga dengan hasil karya masing-masing

Gamabr beramai-ramai bersama hasil kerja masing-masing

Rumusan Lawatan:

Lawatan ini telah memberi banyak input dan maklumat yang berguna kepada wakil IPG KIK bagi proses pembinaan modul.  Penolong Kanan Akademik dan guru-guru SBJK telah memberikan kerjasama yang amat baik.  Perlaksanaan p&p berjalan lancar dengan mengintegrasikan konsep Pedagogi inklusif dengan aktiviti yang menarik.  Berdasarkan perbincangan dan soal jawab di antara wakil IPG KIK dan SBJK, didapati aktiviti yang disyorkan adalah amat sesuai dan dapat menjana kesediaan belajar pelajar SBJK.

Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020)

 Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020) telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 yang lalu di Dewan Dato' Razali Ism...