Friday, March 21, 2014

Program Santai Seni 2014

Program Santai Seni 2014 yang telah diadakan pada 10-11 Mac 2014 baru-baru ini adalah merupakan satu langkah proaktif Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur dalam berkongsi kepakaran para pensyarahnya dengan pihak luar khususnya dalam menjayakan Program Service & Engagement bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk menzahirkan suatu pengalaman estetik sebagai satu kaedah terapi seni kepada pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ini melalui aktiviti pendidikan seni yang dijalankan secara santai dan menyeronokkan.

Beberapa aktiviti dijalankan seperti Jom Buat Batik, Spray terbaik, T Shirt Awesome, Main-main Plaster serta Slot Karya Agungku yang menggalakkkan pelajar membuat sesi apresiasi tentang karya yang telah mereka hasilkan.

Aktiviti  1: Ice-Breaking Bersama Abang Epol


Aktiviti 2- Sebahagian pemenang Ice Breaking 


Aktiviti 3:  Ikat dan Celup -Jom Buat Batik


Menyiapkan karya masing-masing


Aktiviti  4: T Shirt- Awesome

Aktiviti 5: Spray...Terbaek


Bergambar bersama pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan kasih berkarya serta meluahkan perasaan melalui aktiviti seni. Sebahagian besar pelajar ini mempunyai bakat kreatif yang mereka sendiri tidak menyedarinya. Jika mereka ini diberi peluang dan ruang mengembangkan bakat seni, pasti pelajar ini dapat menyumbangkan sesuatu dalam masyarakat dan dapat mendidik masyarakat menghargai bidang seni ini. Tahniah buat adik-adik.



Lawatan Penanda Aras ke Institut Seni Indonesia, Yogyakarta, Indonesia

Pada 27 November 2013, Jabatan Pendidikan Seni Visual yang diwaklili oleh Pn. Zainun Abu Bakar, Pn. Nor Azizah Atan serta Cik Zaharah telah melawat Fakultas Seni Rupa, Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta, Indonesia.

Kami telah disambut dengan ramah sekali oleh Dekan Fakultas Seni Rupa, Drs. Umar Hadi, Pak Jaka, Sudarna dan para Dosen (pensyarah) ISI.
Bergambar sebagai tanda kenangan

Bertukar-tukar cenderahati
Banyak perkara yang kami bincangkan terutamanya untuk membuat satu MoU bersama ISI dalam satu Pameran Seni bersama-sama pelajar Jabatan Pendidikan Seni Visual , IPG Kampus Ilmu Khas dan pelajar Fakultas Seni Rupa, ISI. Yogyakarta, Indonesia. Drs M. Umar Hadi, selaku Dekan Fakultas Seni Rupa menyambut baik cadangan kami dan bersedia bekerjasama dengan IPG Kampus Ilmu Khas , Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penulis bergambar di hadapan Mercu Tanda Institut Seni Indonesia (ISI)

Sebahagian karya yang dipamerkan di ISI

Cik Zaharah Mohamad berbincang bersama Dosen ISI

Berbincang bersama Dosen (pensyarah) ISI
Selepas perjumpaan pertama ini, kami akan melakar sejarah Jabatan Pendidikan Seni Visual dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil mata pelajaran PSV 3114 Seni Dan Pengurusan untuk merealisasikan impian mereka untuk membuat satu Pameran Seni di Peringkat Antarabangsa.
Semoga impian menjadi kenyataan.