Setiap dua tahun sekali, pihak penganjur iaitu Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur akan menganjurkan Pameran Alam & Guru. Pameran ini akan dilaksanakan secara berkolaboratif dengan ASWARA dan masih mengekalkan tema Alam bagi memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan tentang alam dalam konteks seni visual kepada pengunjung dan masyarakat.
Pameran Alam & Guru 2019 adalah rentetan dari kejayaan Pameran Alam & Guru yang diadakan pada Oktober 2017 yang lalu di Balai Seni
Negara. Kuala
Lumpur. Majlis Perasmian telah berlangsung
dengan meriahnya pada 2 November 2017 (Khamis) oleh YBhg. Tan Sri Dato’
Seri Abd Ghafar bin Mahmud, Pengerusi Yayasan Sarana Pendidikan Malaysia telah sudi
merasmikan pameran tersebut.
|
Sebahagian peserta pameran Alam & Guru 2017 bergambar bersama VVIP |
|
Dr Azizah Suleiman, Ketua Jabatan PSV di wawancara oleh pihak RTM |
|
Bersama sebahagian peserta Pameran Alam & Guru 2017 |
Manakala untuk tahun ini, Pameran Alam & Guru 2019 juga akan melibatkan penyertaan daripada
warga pendidik seni visual di bawah KPM, MRSM dan warga ASWARA serta pensyarah Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).
Pameran kali ini akan diadakan pada 24 Oktober hingga 24 November 2019 di Galeri ASWARA, Kuala Lumpur. Majlis Perasmian pameran dijangka pada hari pertama pameran iaitu 24 Oktober 2019 (Khamis) nanti.
Selain itu, Pameran Alam & Guru 2019 adalah sebagai salah satu
aktiviti bagi merayakan Sambutan 60 Tahun IPGKIK (1959 – 2019) pada tahun ini.
|
Dr Syamrul Nizam, pensyarah dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang |
|
Karya cikgu Mohd Jamil Mat Isa bertajuk ` Menanti Gawai ' dari SMK Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang |
|
Sebahagian karya peserta yang akan dipamerkan nanti |
|
Sebahagian karya peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak |
|
Sebahagian karya peserta Pameran Alam & Guru 2019 |
Karya-karya peserta pameran boleh dilihat melalui laman IG: Instagram pameran_alamdanguru
No comments:
Post a Comment