Lawatan
dan pelaksanaan ujian rintis Modul Pendidikan Seni Kreatif dan Pedagogi
Inklusif telah dijalankan pada 21 Januari 2016 di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur.Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi maklumat serta pengalaman oleh pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual (JPSV) bersama guru-guru SBJK dalam pembinaan Modul Pedagogi Inklusif (PI). Lawatan ini
memberi peluang dan ruang untuk kami melaksanakan ujian rintis terhadap modul
PI yang telah dibina dan melihat hasil PdP dan maklum balas pelaksanaan modul
tersebut dalam kalangan pelajar SBJK. Pelaksanaan Pedagogi Inklusif ini juga
membentuk hubungan serta kerjasama antara pensyarah
JPSV, IPG KIK dan guru-guru SBJK dalam meningkatkan pembentukan peribadi dan
pencapaian akademik pelajar SBJK.
|
Pensyarah dan pelajar JPSV G7.7 yang membuat lawatan dan ujian rintis Pedagogi Inklusif (PI) |
|
Tekun menghasilkan karya |
|
Seronoknya.. |
|
Karya Robot |
|
Bangga dengan hasil karya masing-masing
|
|
Gamabr beramai-ramai bersama hasil kerja masing-masing |
Rumusan
Lawatan:
Lawatan ini
telah memberi banyak input dan maklumat yang berguna kepada wakil IPG KIK bagi
proses pembinaan modul. Penolong Kanan
Akademik dan guru-guru SBJK telah memberikan kerjasama yang amat baik. Perlaksanaan p&p berjalan lancar dengan
mengintegrasikan konsep Pedagogi inklusif dengan aktiviti yang menarik. Berdasarkan perbincangan dan soal jawab di
antara wakil IPG KIK dan SBJK, didapati aktiviti yang disyorkan adalah amat
sesuai dan dapat menjana kesediaan belajar pelajar SBJK.
No comments:
Post a Comment