Monday, March 16, 2015

Aktiviti Membuat Corak dan Rekaan- Ikat dan Celup

Seperti aktiviti Pualaman Buih Sabun, aktiviti Ikat dan Celup (Tie and Dye) juga merupakan aktiviti corak tidak terancang dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan.

Aktiviti ini dilaksanakan supaya pelajar tidak terlalu terikat dengan teori semata-mata. Apabila pelajar sendiri menghasilkan sesuatu aktiviti secara amali, bukan sahaja dapat meningkat pengetahuan pelajar malahan kemahiran yang diperolehi nanti akan dapat digunakan apabila mengajar di sekolah nanti.

Alat dan bahan yang digunakan dalam aktiviti Ikat dan Celup ini seperti kertas tisu dapur, getah, pewarna batik atau pewarna makanan (warna air atau warna poster boleh juga digunakan). Anda juga boleh menggunakan kain dan T Shirt putih.

Cara-caranya: Kertas tisu dilipat-lipat hingga kecil kemudian diikat dengan getah. Ini adalah kerana hasil lipatan itu akan menghasilkan corak tidak terancang yang menarik. Jika tidak mahu lipat boleh juga guna teknik pusar atau spiral. Selepas dilipat dan diikat dengan getah ,  tisu tersebut akan dibasahkan dengan warna dengan cara mencelup pada warna atau meletakkan warna pada tisu tersebut dengan menggunakan berus lukisan .

Cara menghasilkan teknik putar (Spiral) boleh rujuk video di bawah:


Menarik teknik putar (Spiral)  yang dihasilkan dalam video di atas bukan?. 

Lihatlah hasil pelajar saya...Sangat mengagumkan...

Pelajar sedang melipat tisu dapur
Aktivit mewarna
Hasilnya begini.
Bangga dengan hasil karya
Hasil Ikat dan Celup Secara Putar (Spiral)





Walaupun kali pertama menghasilkan aktiviti Ikat dan Celup ini,  hasilnya sangat cantik dan menarik. Ini membuatkan mereka cukup seronok dan tersenyum bangga . ` Hilang stress,  puan'. kata pelajar saya.

Aktiviti Membuat Corak dan Rekaan- Pualaman Buih Sabun

Aktiviti ini telah dijalankan beberapa minggu yang lalu. Kebetulan saya mengajar mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ada tiga elemen yang perlu diajar dalam mata pelajaran ini elemen Seni Visual (SV), Seni Muzik dan Pergerakan.

Pelajar yang terlibat adalah dari kelas GG4.1, mereka ini merupakan pelajar yang mengambil elektif Pendidikan Seni Visual.

Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah elemen Seni Visual (SV) yang telah dipelajari. Aktiviti Pualaman merupakan salah satu aktiviti corak tidak terancang dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan.

Pualaman yang menggunakan buih sabun merupakan satu kaedah yang baru kami pelajari. Biasanya pualaman dihasilkan dengan menggunakan cat minyak. walaupun hanya menggunakan buih sabun, tetapi hasilnya sangat menarik.

Cara meletak kertas pada buih sabun, juga mempengaruhi corak pualaman yang dihasilkan. Alat dan bahan yang digunakan adalah air sabun, straw dan pewarna (boleh guna warna batik atau pewarna makanan).

Cara meniup buih sabun
Hasil corak pualaman buih sabun








Aktiviti ini bukan sahaja merupakan pengalaman baru bagi pelajar-pelajar ini malahan ianya merupakan satu inovasi untuk menghasilkan Pualaman selain dari menggunakan cat minyak.

Jika anda juga berminat untuk belajar aktiviti Pualaman Buih Sabun ini, jangan lupa contact saya di JPSV atau melalui email: nor_azizah@ipik.edu.my



Saturday, March 14, 2015

Coretan Tahun 2015

Tahun 2014 telah tiga bulan melabuhkan tirainya dan meninggalkan kenangan indah dalam ingatan 8 orang pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual (JPSV). Pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan dengan baik dan lancar seperti Latihan Pembangunan Staf (LPS) di Institut Kraf Negara dan di Pulau Carey, Banting, Selangor, Pertandingan Inovasi Pendidikan, Pelancaran Pusat Kemahiran Berfikir (KBAT), Pembentangan Wacana Ilmu dan sebagainya.

Semoga tahun 2015 ini kami dapat menabur bakti sebagai seorang pendidik dan dalam masa yang sama dapat menghasilkan karya seni untuk Pameran 2016 di Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta, Indonesia nanti.

Begitu juga tidak terlalu lewat untuk mengucapkan sekalung tahniah juga kepada Pn. Azizah Suleiman , Ketua Jabatan kami yang telah dinaikkan pangkat ke DG52 (KUP). Syukur alhamdulillah. Kami tumpang gembira dan bangga.

Semoga pelbagai perancangan JPSV yang telah disusun dan diatur seperti Pertandingan Inovasi, Penyelidikan, Servis dan Engagement (S&E), Pedagogi Inklusif, Praktikum pada untuk tahun ini berjalan dengan lancar.

Berikut merupakan sebahagian aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Seni Visual sepanjang tahun 2014.

Sebahagian pensyarah JPSV yang terlibat dengan Pertandingan Inovasi
Sempat mengabadikan kenangan besama pelajar yang terlibat
Sebahagian peserta  Kursus Kraf dengan hasil karya masing-masing
Peserta Lawatan ke Pulau Carey bergambar beramai-ramai 
Melihat hasil Kraf kayu Orang Asli Pulau Carey
Pembentangan Wacana Ilmu

Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020)

 Majlis Apresiasi dan Karnival e-Inovasi Pendidikan (MAKIP 2020) telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 yang lalu di Dewan Dato' Razali Ism...