Pameran Alam & Guru Anjuran Bersama Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu Khas dan Balai Seni Visual Negara diadakan pada 21 Oktober 2017 hingga 12 November 2017. Manakala Majlis Perasmian pameran telah diadakan pada 2 November 2017 (Khamis) yang lalu. YBhg. Tan Sri Dato' Seri Abd Ghafar bin Mahmud, Pengerusi Yayasan Sarana Pendidikan Malaysia telah sudi merasmikan pameran tersebut.
75 karya peserta yang terdiri daripada pendidik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sekolah rendah, menengah, pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) serta nazir sekolah. Pameran yang bertemakan `Alam & Guru' ini mendapat sambutan hangat kerana julung kalinya diadakan di Balai Seni Negara.
Pendaftaran peserta pameran
Bacaan doa sebelum majlis perasmian
Ucapan Perasmian YBhg Tan Sri Dato' Seri Abd Ghafar bin Mahmud
Menandatangan plug perasmian pameran
Urusetia pameran bergambar bersama-sama VVIP
En. Norkasani menerangkan karya beliau kepada VVIP
Cikgu Abdul Rahman (Boga) menerangkan karya beliau kepada VVIP
JK Pendaftaran
Bersama pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)
Peserta pameran
JK Sijil
Bergambar beramai-ramai
Urusetia bergambar dengan JK Pelajar G3.8 Major PSV
Tahniah buat urusetia yang telah berjaya merealisasikan pameran ini.