Bergambar bersama dosen Fakultas Seni Rupa, Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta |
Bahang Pameran BUDI 2016 semakin terasa. Hanya beberapa minggu sahaja sebelum berlangsungnya pameran seni pada 15 dan 16 September 2016 di Fakultas Seni Rupa, Institut Seni Indonesia, Yogyakarta. Pameran Seni yang akan diuruskan sepenuhnya oleh pelajar G8.7 akan memberi impak dan pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Bukan senang untuk membuat pameran seni di tempat orang, lebih-lebih lagi di luar negara.
Bukan mudah untuk berkolaborasi dengan Institut Seni Indonesia (ISI), yang sangat tersohor di Indonesia. Penanda aras dan kerjasama tersebut telah bermula hampir 3 tahun yang lalu iaitu pada November 2013. Kemudian penyelarasan pameran pula pada 3 Jun 2016 yang lalu. Akhirnya atas kerjasama kedua-dua institut pendidikan di Malaysia dan Indonesia, syukur alhamdulillah akhirnya Pameran BUDI 2016 dapat dilaksanakan .
Pertemuan bersama Pak Umar Hadi, Timbalan Dekan FSR Pada November 2013 |
Penyelarasan Pameran Pada 3 Jun 2016 |
Buat pertama kalinya mata pelajaran PSV3143 Seni dan Pengurusan dilaksanakan di luar negara. Ini adalah subjek Amali semester 8 dan mereka perlu melaksanakan projek seni pada semester ini. Pameran dan seminar /forum akan dilaksanakan di Fakultas Seni Rupa (FSR) ini. Manakala kembara seni dan lawatan juga dilaksanakan di Yogyakarta, pada 17 September 2016.
Debaran 30 orang siswa pendidik semakin hampir. Anda buatlah yang terbaik. Jadikan projek seni ini kenangan terindah kalian sebelum menjejak kaki ke sekolah sebagai seorang pendidik kelak. Kami para pensyarah di Jabatan Pendidikan Seni Visual khasnya dan IPG Kampus Ilmu Khas serta warga IPGM mendoakan kejayaan pameran ini, .